
Ini selepas Dewan Perwakilan AS meluluskan RUU itu pada Jumaat, manakala Senat awal pagi Sabtu, kira-kira dua jam selepas tarikh akhir penutupan.
“Oleh kerana dana persekutuan diuruskan dan dipantau setiap hari, agensi persekutuan tidak akan ditutup dan boleh terus beroperasi seperti biasa,” menurut Rumah Putih dalam kenyataan.
RUU itu akan menyediakan pembiayaan untuk jabatan pertahanan, keselamatan dalam negeri, buruh, kesihatan dan perkhidmatan manusia, pendidikan, negeri dan cawangan perundangan sepanjang tahun fiskal 2024, yang berakhir pada 30 Sept.
Selain daripada RUU bernilai USD459 bilion yang diluluskan pada awal bulan ini, langkah baru itu menyediakan pembiayaan penuh bagi kerajaan persekutuan, berjumlah USD1.659 trilion sehingga hujung September.
Dalam pakej terdahulu, Kongres meluluskan pembiayaan tahunan bagi pelbagai jabatan, termasuk pertanian, tenaga dan alam sekitar, perumahan, pengangkutan, veteran, dan kehakiman.
Kongres yang berpecah telah mengelak beberapa penutupan semasa sesi ini dengan menggunakan rang undang-undang “stopgap” yang terus melanjutkan tarikh akhir penutupan kerajaan.