Kematian tembakan di dewan konsert Moscow lepasi 60

Kematian tembakan di dewan konsert Moscow lepasi 60

Sesetengah mangsa tidak sedarkan diri dimasukkan ke hospital tidak mempunyai pengenalan diri dan kementerian membuat pengelasan mengikut jantina atau orang tidak dikenali.

Jawatankuasa Siasatan Rusia mengklasifikasikan insiden tembakan di dewan konsert Crocus City di bandar Krasnogorsk sebagai serangan pengganas. (Gambar AP)
MOSCOW:
Angka kematian dalam kejadian tembakan di dewan konsert di wilayah Moscow pada lewat Jumaat melepasi 60 orang, menurut Jawatankuasa Siasatan Rusia.

Pegawai Rusia semalam menyiarkan senarai nama 147 individu yang mengalami kecederaan dalam serangan itu. Lapan daripada yang cedera adalah kanak-kanak, sembilan orang dalam keadaan kritikal dengan doktor berusaha menyelamatkan mangsa dan 47 berada dalam keadaan agak serius, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Moscow.

Sesetengah mangsa tidak sedarkan diri yang dimasukkan ke hospital tidak mempunyai pengenalan diri dan kementerian membuat pengelasan mereka mengikut jantina atau hanya sebagai orang tidak dikenali.

Dalam kenyataan berasingan, ia memetik kementerian sebagai berkata pihak bomba berjaya mengawal kebakaran di tempat kejadian tembakan daripada merebak.

Sekumpulan lima lelaki melepaskan tembakan lewat Jumaat di dewan konsert Crocus City di pusat pentadbiran Moscow, di bandar Krasnogorsk.

Selepas lelaki bersenjata itu berjaya melarikan diri, penguat kuasa undang-undang Rusia sedang berusaha mengesan mereka.

Jawatankuasa Siasatan Rusia mengklasifikasikan insiden itu sebagai serangan pengganas dan membuka kes siasatan jenayah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.