
MOSCOW: Vladimir Putin mendahului pilihan raya presiden di Rusia dengan 87.15% undi, selepas 80% undi dikira, menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Rusia (CEC), lapor Sputnik.
Pencabar Putin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Artik dan Timur Jauh Dewan Rakyat Nikolai Kharitonov menduduki tempat kedua setelah menerima 4.22% undi.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Vladislav Davankov pula menduduki tempat ketiga diikuti Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Dewan Rakyat, Leonid Slutsky dengan masing-masing memperoleh 4.04% undi dan 3.16% undi.