AS hantar kapal bantuan ke Gaza

AS hantar kapal bantuan ke Gaza

Kapal Tentera General Frank S Besson menuju ke kawasan bergolak itu untuk hantar bantuan kemanusiaan.

Amerika Syarikat (AS) hantar kapal pertama ke Gaza untuk menubuhkan koridor maritim bantuan kemanusiaan susulan pengumuman Presiden Joe Biden. (Gambar Wikipedia Common)
MOSCOW:
Amerika Syarikat (AS) telah menghantar kapal pertama dengan peralatan untuk menubuhkan koridor maritim bagi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, kata Komando Pusat AS (CENTCOM), lapor Sputnik.

Menerusi hantaran di X, CENTCOM berkata Kapal Tentera AS General Frank S Besson (LSV-1) berlepas dari Pangkalan Bersama Langley-Eustis menuju ke Mediterranean Timur kurang 36 jam selepas Presiden Joe Biden mengumumkan AS akan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui jalan laut.

“Besson, sebuah kapal sokongan logistik membawa peralatan pertama untuk membina pelabuhan sementara untuk menghantar bekalan kemanusiaan penting,” menurut hantaran itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.