Seorang hilang, 2 bot persiaran berlanggar di Singapura

Seorang hilang, 2 bot persiaran berlanggar di Singapura

Dalam kejadian itu, empat daripada lima penumpang yang terjatuh ke laut ditemui selamat.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura mengerahkan kapal peronda ke lokasi kejadian dan sedang menyelaras usaha pencarian dengan bantuan Polis Pengawal Pantai dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura. (Gambar AFP)
SINGAPURA:
Seorang mangsa dilaporkan hilang selepas dua bot persiaran bertembung di Pulau Hantu, Singapura kira-kira 1.30 tengah hari tadi.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata, dalam kejadian itu, empat daripada lima penumpang yang terjatuh ke laut ditemui selamat.

“MPA mengerahkan kapal peronda ke lokasi kejadian dan sedang menyelaras usaha pencarian dengan bantuan Polis Pengawal Pantai dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura,” katanya dalam kenyataan.

MPA juga mengeluarkan siaran navigasi kepada kapal di sekitar kawasan itu untuk memantau jika ada mangsa ditemui.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.