OIC mesyuarat minggu depan bincang nasib Palestin

OIC mesyuarat minggu depan bincang nasib Palestin

November lalu OIC dan Liga Arab mengadakan sidang kemuncak bersama yang menerima pakai beberapa keputusan termasuk berusaha menghentikan perang Israel terhadap Palestin.

Serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lalu membunuh lebih 30,000 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. (Gambar AP)
ANKARA:
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat berkata badan itu akan mengadakan mesyuarat luar biasa Majlis Menteri-menteri Luar pada 5 Mac untuk membincangkan pencerobohan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin.

OIC dalam kenyataan berkata sesi itu akan berlangsung di ibu pejabat di bandar Jeddah, Arab Saudi, lapor Agensi Anadolu (AA).

November lalu, OIC dan Liga Arab mengadakan sidang kemuncak bersama di Riyadh yang menerima pakai beberapa keputusan, termasuk menugaskan jawatankuasa untuk melawat ibu negara di seluruh dunia selain berusaha menghentikan perang Israel terhadap rakyat Palestin.

Serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lalu membunuh lebih 30,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran, pemindahan penduduk serta kebuluran di wilayah Palestin yang terkepung itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.