Raja Norway, Harald V dirawat di hospital Malaysia

Raja Norway, Harald V dirawat di hospital Malaysia

Raja berusia 87 tahun itu jatuh sakit ketika bercuti di negara ini.

Raja Harald V, 87, sedang dirawat di sebuah hospital di negara ini kerana mengalami jangkitan ketika bercuti. (Gambar AP)
OSLO:
Raja Norway, Raja Harald V dimasukkan ke hospital di Malaysia kerana mengalami jangkitan, menurut kenyataan pihak Istana Norway pada Selasa, lapor Xinhua.

“Raja (Harald V) jatuh sakit semasa percutiannya di Malaysia dan dimasukkan ke hospital di sana kerana mengalami jangkitan.

“Raja mendapat penjagaan yang baik daripada kakitangan perubatan Malaysia dan Norway,” menurut kenyataan itu.

Raja berusia 87 tahun itu dalam lawatan peribadi ke Malaysia.

Dilahirkan pada 21 Feb 1937, Raja Harald V menaiki takhta Norway pada 1991.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.