
“Kami fokus untuk menyelesaikan kes ini secepat mungkin,” kata Pesuruhjaya Polis, David Manning yang mengesahkan kewarganegaraan juruterbang itu.
Juruterbang dan dua lagi mangsa – dipercayai pekerja telekomunikasi – dibawa ke lokasi berhampiran Gunung Sisa, di wilayah tengah Hela.
Perdana Menteri, James Marape memberitahu AFP, “pesuruhjaya tinggi Australia sudah dimaklumkan perkara ini”.
Polis “sedang menangani kes ini dan pasukan pertahanan (sedang) bergerak ke kawasan itu”.
Siri penculikan dan keganasan puak melanda tanah tinggi Papua New Guinea yang bergolak sejak beberapa tahun ini, di mana ratusan orang maut.
Minggu lalu, lebih 50 mayat ditemui di tepi sebatang jalan utama – akibat pertempuran antara puak bersaing.
Kerajaan menghadapi tekanan hebat untuk menambah kakitangan keselamatan di kawasan itu dan menangani pelanggaran undang-undang semakin meningkat.
“Saya ingin beritahu semua bahawa jenayah membawa padah, ia akhirnya membawa kepada penahanan atau kematian penjenayah, jadi hargai penduduk tempatan yang membantu polis,” kata Marape.
Manning pula berkata, butiran mengenai kes itu terus timbul, tetapi penculik disyaki “bukan dari kawasan itu”.
“Kami bekerjasama rapat dengan pemimpin masyarakat.”