
Gesaan itu disuarakan Menteri Kebudayaan Mohammad Mehdi Esmaili ketika berucap pada sesi tergempar Persidangan Menteri Penerangan Islam yang diadakan di Istanbul, Turki, lapor Agensi Berita Iran IRNA.
“Kita boleh mengumpul bukti kukuh untuk mendapatkan keadilan melalui kaedah undang-undang dan memastikan mereka bertanggungjawab atas tindakan tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.
Beliau membuat kenyataan itu sebagai sebahagian daripada cadangan Iran untuk menyokong rakyat Palestin di Gaza selepas serangan berterusan rejim Israel.
Menteri itu turut mencadangkan supaya media dalam kalangan negara anggota OIC mempertingkatkan kerjasama dalam usaha mengekang maklumat salah disebarkan Israel.