2 maut, 3 hilang kontena rempuh jambatan di Guangzhou

2 maut, 3 hilang kontena rempuh jambatan di Guangzhou

Dalam insiden pagi Khamis itu, dua daripada mangsa terjatuh ke dalam sungai manakala selebihnya jatuh ke atas kapal.

Insiden pada kira-kira 5.30 pagi itu turut menyebabkan Jambatan Lixinsha di daerah Nansha, Guangzhou retak. (Gambar AP)
GUANGZHOU:
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala tiga lagi hilang selepas sebuah kapal kontena melanggar sebuah jambatan di Wilayah Guangdong di selatan China pada pagi Khamis.

Insiden kira-kira 5.30 pagi itu menyebabkan Jambatan Lixinsha di daerah Nansha, Guangzhou retak, lapor Xinhua.

Kemalangan itu melibatkan lima kenderaan termasuk sebuah motosikal.

Menurut siasatan awal, dua daripada mangsa terjatuh ke dalam sungai manakala selebihnya jatuh ke atas kapal.

Seorang kru kapal cedera ringan dalam kemalangan itu.

Usaha menyelamat sedang dijalankan dan punca kemalangan sedang disiasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.