700,000 rakyat Palestin diancam kebuluran

700,000 rakyat Palestin diancam kebuluran

Israel perlu segera tarik kepungan di Gaza dan membenarkan 10,000 trak sarat bantuan dibawa masuk.

Situasi kebuluran semakin memburuk di kawasan tengah dan selatan Gaza. (Gambar AP)
TUNIS:
Masalah kebuluran semakin meruncing di Semenanjung Gaza dengan lebih 700,000 rakyat Palestin berisiko kehilangan nyawa, menurut pejabat media kerajaan wilayah Palestin, lapor Sputnik.

“Situasi kebuluran di kawasan Semenanjung Gaza yang dihuni kira-kira 2.4 juta penduduk kian bertambah buruk dari hari ke hari.

“Kawasan yang paling terjejas teruk ialah di tengah dan di selatan Gaza yang bakal mencetuskan malapetaka kemanusiaan, selain meletakkan nyawa sebilangan besar daripada 700,000 penduduk Palestin di ambang maut,” menurut pejabat itu di Telegram.

Justeru itu, pejabat berkenaan mendesak rejim Israel untuk segera menarik balik kepungan di Semenanjung Gaza dan membenarkan 10,000 trak sarat bantuan kemanusiaan memasuki kawasan berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.