Pendengaran awam ICJ berhubung dasar Israel di Palestin bermula

Pendengaran awam ICJ berhubung dasar Israel di Palestin bermula

Sesi itu yang berterusan selama enam hari adalah berdasarkan permintaan Perhimpunan Agung PBB untuk memperoleh nasihat daripada mahkamah.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague dijadualkan mendengar taklimat dari 52 negara, yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah mahkamah itu. (Gambar AP)
RAMALLAH:
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada Isnin mula mengadakan pendengaran awam mengenai akibat undang-undang yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.

Sesi itu yang berterusan selama enam hari dari 19 hingga 26 Feb adalah berdasarkan permintaan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memperoleh nasihat daripada mahkamah mengenai kesan pendudukan Israel yang berterusan selama lebih 57 tahun.

Mahkamah dijadualkan mendengar taklimat dari 52 negara, jumlah yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah mahkamah, selain Kesatuan Afrika, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab, lapor Agensi Berita Palestin (Wafa).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.