
Dalam sidang media, Ketua Jabatan Polis Kansas City Stacey Graves berkata, kejadian berlaku di Union Station ketika orang ramai berkumpul menyaksikan perarakan pasukan Kansas City Chiefs, lapor Xinhua.
Tiga individu telah ditahan untuk siasatan lanjut, kata Graves.
Menurutnya, lebih 800 pegawai penguatkuasa undang-undang berada di tempat kejadian untuk mengawal keselamatan orang ramai.
“Tembakan dilepaskan di sekitar Union Station. Sila tinggalkan kawasan itu,” kata Jabatan Polis Kansas City di X.
Sementara itu, Konsulat Jeneral China di Chicago menghubungi Jabatan Polis Kansas City dan mengesahkan tiada warga China yang cedera atau terbunuh dalam kejadian berkenaan.