Lebih 50 terbunuh dalam serangan Israel di Rafah

Lebih 50 terbunuh dalam serangan Israel di Rafah

Serangan itu menyasarkan 14 rumah dan tiga masjid di beberapa lokasi di bandar itu.

Penduduk Palestin mencari mangsa yang selamat dalam serangan tentera udara Israel di sebuah bangunan kediaman di Rafah. (Gambar AP)
GAZA:
Sekurangnya 52 terbunuh dalam serangan udara tentera Israel di kawasan padat di Rafah, selatan Gaza sebelum subuh pagi Isnin, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Wartawan AFP dan saksi mendengar serangan bertalu-talu dan melihat asap tebal menjulang di angkasa kota itu, yang kini menempatkan lebih separuh penduduk Gaza yang melarikan diri daripada serangan rejim Zionis.

Serangan itu menyasarkan 14 rumah dan tiga masjid di beberapa lokasi di Rafah, menurut kerajaan Hamas.

Tentera Israel dalam kenyataan berkata, pihaknya melancarkan serangan ke beberapa sasaran di kawasan Shaboura di selatan Semenanjung Gaza dan menambah serangan itu sudah ditamatkan.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengarahkan tenteranya bersedia melancarkan serangan darat di Rafah, lokasi terakhir yang belum dimasuki askar Zionis itu sejak perang tercetus pada 7 Okt lalu.

Kira-kira 1.4 juta penduduk Palestin berlindung di Rafah, ramai di antara mereka tinggal di dalam khemah dengan bekalan makanan, minuman dan perubatan semakin berkurangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.