
Serangan membabitkan pelbagai jenis pesawat termasuk pengebom jarak jauh yang dilancarkan dari AS, Agensi Anadolu memetik Central Command (CENTCOM) dalam kenyataan.
Lebih 85 sasaran telah dibedil, lapor Sky News.
Kemudahan yang terjejas termasuk pusat arahan, kawalan dan risikan; kawasan penyimpanan roket, peluru berpandu, dan dron serta “kemudahan rantaian bekalan logistik dan senjata,” menurut CENTCOM.
Semua sasaran berpangkalan di tujuh lokasi iaitu tiga di Iraq dan empat di Syria, manakala semua pesawat AS telah meninggalkan lokasi terbabit tanpa mengalami sebarang insiden.
Presiden AS Joe Biden, berkata serangan itu hanyalah permulaan.
“Kami tidak mahu mencetuskan konflik di Asia Barat atau di mana-mana sahaja bahagian di dunia. Tetapi, jika ada yang cuba mencederakan kami, kami akan bertindak balas,” kata Biden menerusi platform X.
Sebelum ini, terdapat laporan bahawa serangan dron telah membunuh tiga tentera Amerika dan mencederakan sekurang-kurangnya 34 yang lain pada Ahad di Menara 22, sebuah pangkalan tentera yang terpencil di timur laut Jordan berhampiran sempadan Syria dan Iraq.