
“Sehari selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) membuat kesimpulan bahawa Israel secara munasabah melakukan genosid di Gaza, beberapa negara memutuskan untuk menangguhkan pembiayaan kepada UNRWA yang secara kolektif menghukum berjuta-juta rakyat Palestin pada waktu paling kritikal dan kemungkinan besar melanggar kewajipan mereka di bawah Konvensyen Genosid,” tulis Francesca Albanese di X.
Amerika Syarikat, Britain, Itali, Australia, Kanada, Finland, dan Belanda memutuskan untuk menangguh pembiayaan kepada UNRWA berikutan dakwaan penglibatan beberapa pekerja UNRWA dalam konflik antara Hamas-Israel, lapor Agensi Anadolu.
Selepas dakwaan Israel, UNRWA pada Jumaat, berkata agensi itu telah menamatkan kontrak beberapa kakitangannya berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam konflik itu.
Norway menyambut baik siasatan terhadap beberapa kakitangan agensi PBB, tetapi berkata ia akan terus menyokong rakyat Palestin melalui UNRWA.
Ireland sebelum ini juga mengumumkan bahawa ia tidak akan menangguhkan pembiayaan kepada agensi PBB itu.