Kes genosid Israel, ICJ keluar keputusan Jumaat

Kes genosid Israel, ICJ keluar keputusan Jumaat

Pada 29 Dis tahun lepas, Afrika Selatan memfailkan kes di ICJ terhadap Israel, menuduhnya melakukan genosid apabila menceroboh Gaza.

Perintah mahkamah berhubung kes genosid Israel akan dibacakan pada 1 petang Jumaat di Peace Palace, The Hague, Belanda. (Gambar AP)
THE HAGUE:
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengumumkan keputusannya pada Jumaat berhubung permintaan langkah-langkah sementara yang dikemukakan Afrika Selatan dalam kes genosid Israel, lapor Agensi Berita Palestin.

Kes berkenaan membabitkan Pelaksanaan Konvensyen Mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Semenanjung Gaza (Afrika Selatan lawan Israel), menurut mahkamah dalam kenyataan.

Sidang umum akan berlangsung pada 1 petang di Peace Palace di The Hague, Belanda dan perintah mahkamah akan dibacakan.

Pada 29 Dis tahun lepas, Afrika Selatan memfailkan kes terhadap Israel, menuduhnya melakukan genosid apabila menceroboh Gaza.

Perbicaraan kes itu berlangsung selama dua hari bermula 11 Jan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.