
MADRID: Penunggang motosikal Sepanyol, Carles Falcon meninggal dunia selepas terbabas dalam peringkat kedua Dakar Rally, menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pengurusan perlumbaan dan pasukan Twintrail Racing pada Isnin.
Beliau mengalami kecederaan serius selepas motosikalnya terbabas pada kelajuan 80km sejam ketika menyertai perlumbaan itu di Arab Saudi pada 7 Jan lalu.
Media Sepanyol melaporkan Falcon diberikan rawatan di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital di Al Duwadimi.
“Dukacita dengan pemergian pelumba Sepanyol, Carles Falcon. Takziah kepada keluarga dan rakan-rakannya,” kata pengurus perlumbaan dalam kenyataan.
Falcon pernah menyertai Dakar Rally 2022 dan dianggap pelumba berpengalaman.