India: Berang penerbangan lewat, lelaki serang juruterbang

India: Berang penerbangan lewat, lelaki serang juruterbang

Cuaca buruk di utara India telah menjejaskan banyak operasi penerbangan sejak Ahad.

Seorang penumpan bertindak menyerang pembantu juruterbang kerana tidak berpuas hati kelewatan penerbangan IndiGo selama beberapa jam. (Gambar X)
NEW DELHI:
Polis di India menahan seorang penumpang yang menyerang seorang juruterbang dalam sebuah pesawat susulan kelewatan penerbangan di lapangan terbang Delhi.

Dalam video yang dikongsi meluas di media sosial, penumpang lelaki yang berang itu dirakam meluru ke arah pembantu juruterbang dan memukulnya semasa pengumuman kelewatan penerbangan dibuat.

Lelaki itu, yang dikenali sebagai Sahil Kataria, dipercayai marah dengan kelewatan penerbangan IndiGo selama beberapa jam.

Dalam video itu, dia menjerit kepada kakitangan penerbangan agar membuka pintu jika mereka enggan menerbangkan pesawat.

Terdahulu, syarikat penerbangan itu menggantikan kru penerbangan Delhi-Goa mengikut peraturan had tugas penerbangan selepas perkhidmatan itu ditangguhkan di New Delhi kerana kabus tebal, menurut laporan media tempatan.

Cuaca buruk di utara India telah menjejaskan banyak operasi penerbangan sejak Ahad.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.