
Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Sanaa, ibu negara Yaman, menjadi sasaran serangan udara.
“…ia sama sekali tidak akan menghalang Yaman daripada meneruskan operasi ketenteraannya terhadap musuh kami, Israel dan menghalang kapal sekutu mereka menuju ke pelabuhan Palestin yang diduduki.
“Pencerobohan Israel pasti akan cuba dihalang angkatan tentera kami, operasi ketenteraan Yaman terhadap musuh dan menghalang laluan kapalnya dan kapal dari negara lain yang membawa barang ke sana,” menurut kenyataan itu.
Amerika Syarikat (AS) dilapor melancarkan serangan udara terbaharu di Sanaa pada Sabtu, sehari selepas serangan oleh Washington dan London terhadap sasaran di kawasan dikawal Houthi di Yaman.
Selepas serangan Jumaat lalu yang mengorbankan lima ahli Houthi, kumpulan itu berikrar semua kepentingan AS dan Britain akan menjadi “sasaran” tindak balas kepada “pencerobohan langsung” mereka terhadap Yaman.