
Jambatan itu ditempatkan di pejabat pentadbiran daerah Khuan Don untuk aktiviti hiburan bagi kanak-kanak sempena sambutan berkenaan.
Insiden berlaku sekitar 11.45 pagi Sabtu (waktu tempatan).
Tali anduh besi yang menyokong jambatan itu terputus menyebabkan kira-kira 35 kanak-kanak terjatuh dari ketinggian 2m hingga 3m.
Pihak berkuasa sedang mengenal pasti punca kejadian.
Susulan itu, Perdana Menteri, Srettha Thavisin mahu pemeriksaan rapi dan penyelenggaraan berkala terhadap peralatan permainan.
“Penganjur perlu mengutamakan keselamatan dengan menjalankan pemeriksaan menyeluruh, sebelum peralatan digunakan dan menyelenggara secara berkala,” katanya dalam kenyataan.