
Setakat 8.40 malam Sabtu, Lai memperoleh 5,543,447 undi atau 40.1% mendahului dua pencabarnya iaitu Hou Yu-ih daripada parti pembangkang utama Kuomintang (KMT) dan Ko Wen-je daripada Parti Rakyat Taiwan (TPP, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC).
Hou memperoleh 33.46%, manakala Ko sekitar 26.44%, menurut data CEC.
Keputusan pilihan raya hanya akan diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat.
Kemenangan Lai menyaksikan DPP menerajui kepimpinan untuk penggal ketiga berturut-turut, kali pertama sebuah parti politik di Taiwan mampu bertahan untuk tempoh yang lama sejak pilihan raya presiden pada 1996.