85% penduduk Gaza hilang tempat tinggal, kata UNRWA

85% penduduk Gaza hilang tempat tinggal, kata UNRWA

Seramai 1.9 juta penduduk Gaza hilang tempat berteduh dengan 1.4 juta berlindung di 155 kemudahan UNRWA.

Rafah menjadi tempat perlindungan utama penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal dan terpaksa berhimpit dalam ruang sangat sesak. (Gambar AP)
NEW YORK:
Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata 1.9 juta atau hampir 85% penduduk Gaza dianggarkan hilang tempat tinggal.

Ini termasuk beberapa penduduk yang telah berpindah beberapa kali kerana mencari tempat selamat untuk berlindung, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

UNRWA berkata, hampir 1.4 juta orang pelarian dalam negara (IDP) berlindung di 155 kemudahan UNRWA di semua lima wilayah.

Rafah kini menjadi tempat perlindungan utama bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal dengan lebih sejuta orang tinggal berhimpit-himpit dalam ruang sangat sesak di wilayah itu.

Ini berikutan peningkatan pertempuran di Khan Younis dan Deir al Balah, selain perintah pengusiran tentera Israel.

Justeru, usaha mendapatkan angka tepat bagi bilangan sebenar IDP menjadi tugas yang mencabar.

UNRWA berkata, bilangan IDP di wilayah utara tidak dikemas kini sejak 12 Okt lalu kerana kekangan akses dan keadaan keselamatan yang menghalang pengesahan dibuat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.