
“Israel telah menandatangani konvensyen menentang pembunuhan beramai-ramai selama beberapa dekad dan kami pastinya tidak akan memboikot prosiding itu, tetapi bangkit dan menangkis plot yang tidak masuk akal terhadap kami,” kata penasihat keselamatan Israel Tzachi Hanegbi.
Menurut laporan terbabit, keputusan itu didahului dengan perbincangan intensif oleh pegawai-pegawai atasan diketuai Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
Kes itu difailkan pada Jumaat di mana Israel berdepan tuduhan melanggar Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid berhubung dengan rakyat Palestin di Gaza.
Dalam pemfailan itu, Afrika Selatan turut menggesa ICJ melindungi hak-hak rakyat Palestin daripada sebarang kemudaratan di bawah Konvensyen Genosid.