Kejohanan tenis terhenti angkara ular

Kejohanan tenis terhenti angkara ular

Reptilia berbisa itu kemudiannya ditangkap penangkap ular.

Insiden ular itu berlaku ketika perlawanan Dominic Thiem dan James McCabe pada pusingan pertama kelayakan kejohanan tenis Brisbane International.
BERLIN:
Aksi bekas juara Terbuka AS, Dominic Thiem di pusingan pertama kelayakan kejohanan tenis Brisbane International terganggu seketika apabila seekor ular memasuki gelanggang.

Insiden itu berlaku ketika perlawanan Thiem dan James McCabe, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Reptilia berbisa itu kemudiannya ditangkap penangkap ular.

Perlawanan disambung semula, menyaksikan Thiem menang menerusi tiga set 2-6, 7-6, 6-4.

“Situasi seperti itu belum pernah saya alami, sudah tentu ia pengalaman yang pasti tidak akan saya lupakan,” kata Thiem.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.