Polis Australia siasat 124kg kokain terdampar di pantai

Polis Australia siasat 124kg kokain terdampar di pantai

Dadah berkenaan hanyut ke darat di beberapa pantai New South Wales sejak Jumaat lalu.

Beberapa bungkusan mengandungi kira-kira 124kg kokain ditemui hanyut di pantai-pantai di timur Australia. (Gambar Freepik)
SYDNEY:
Polis Australia pada Rabu berkata pasukan itu melancarkan siasatan selepas beberapa bungkusan dipercayai mengandungi kira-kira 124kg kokain ditemukan hanyut di pantai negeri New South Wales (NSW) di timur Australia, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Polis NSW berkata bungkusan pertama yang mencurigakan itu yang dipercayai mengandungi kira-kira 39kg kokain, ditemukan hanyut ke darat pada Jumaat di Pantai Magenta, kira-kira 80km di utara Sydney.

Pada Ahad, orang awam memaklumkan penemuan tujuh bungkusan lagi yang dipercayai mengandungi 7kg kokain di pantai Magenta dan pantai berdekatan kepada polis.

Pada Selasa, seorang nelayan memaklumkan penemuan tong biru mengandungi 39 bungkusan kokain dengan setiap satu seberat satu kilogram.

Pada hari yang sama, bungkusan kokain sebarat kira-kira 39kg ditemukan di pantai di Newcastle, kira-kira 140km di utara Sydney.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang melaporkan penemuan sebarang bungkusan yang mencurigakan kepada polis, dan mengingatkan orang ramai bahawa memiliki dadah terlarang adalah satu kesalahan jenayah,” kata pengarah operasi Jason Weinstein dalam satu kenyataan.

“Detektif dan polis pakar sedang melakukan siasatan di kawasan pantai untuk mengesan kemungkinan terdapat lagi bekalan dadah itu serta mengesan pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.