13 maut kilang keluli meletup di Indonesia

13 maut kilang keluli meletup di Indonesia

Kejadian berlaku semasa kerja-kerja penyelenggaraan di relau milik Tsingshan Stainless Steel.

Lima pekerja asing dari China antara 13 yang maut dalam insiden letupan di sebuah kilang keluli di Pulau Sulawesi, Indonesia pada Ahad. (Gambar AFP)
JAKARTA:
Seramai 13 pekerja maut manakala 38 lagi cedera dalam insiden letupan di sebuah kilang keluli di Pulau Sulawesi, Indonesia pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kejadian berlaku semasa kerja-kerja penyelenggaraan di relau milik Tsingshan Stainless Steel.

Antara mangsa terbunuh termasuk lima pekerja asing dari China, kata ketua polis.

Jurucakap perindustrian memaklumkan bahawa letupan berlaku ketika kerja-kerja membaiki dan memasang plat pada relau dilakukan.

“Berdasarkan siasatan awal, cecair di bahagian bawah relau menyebabkan letupan dan ia berlaku semasa proses pembaikan,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.