Telco Ukraine terbesar kena serangan siber

Telco Ukraine terbesar kena serangan siber

Serangan itu turut menjejaskan operasi mesin ATM selain sistem amaran serangan udara di wilayah Kyiv.

Syarikat pengendali rangkaian mudah alih terbesar Ukraine, Kyivstar, terjejas akibat serangan siber.  (Gambar Rawpixel)
KYIV:
Serangan siber besar-besaran menyebabkan perkhidmatan komunikasi dan jaringan internet pengendali rangkaian mudah alih terbesar Ukraine, Kyivstar mengalami gangguan di seluruh negara.

Perkhidmatan Keselamatan Ukraine dalam kenyataan, memaklumkan pihaknya telah memulakan prosiding jenayah terhadap serangan itu.

Presiden Kyivstar, Oleksandr Komarov, berkata sebahagian infrastruktur IT milik syarikat itu musnah akibat serangan terbabit, lapor Xinhua memetik media Economichna Pravda.

Serangan itu turut menjejaskan operasi mesin ATM dan pos-terminal di Ukraine, selain turut menjejaskan operasi sistem amaran serangan udara di lebih 75 penempatan di wilayah Kyiv.

Kyivstar menyediakan perkhidmatan kepada lebih 24 juta pelanggan telefon mudah alih dan lebih satu juta pelanggan internet kediaman di Ukraine.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.