Perhimpunan Agung PBB undi gencatan senjata Gaza hari ini

Perhimpunan Agung PBB undi gencatan senjata Gaza hari ini

Resolusi Perhimpunan Agung tidak mengikat tetapi mempunyai kekuatan dari segi pengaruh politik, dan membayangkan pandangan global terhadap perang itu.

Resolusi Perhimpunan Agung PBB juga menuntut pembebasan semua tebusan, selain untuk pihak bertelagah mematuhi undang-undang antarabangsa. (Gambar AP)
NEW YORK:
Perhimpunan Agung Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dilihat bersedia menuntut gencatan senjata kemanusiaan serta-merta dalam konflik dua bulan antara Israel serta Hamas, selepas AS memveto tindakan berkenaan dalam Majlis Keselamatan.

Tiada negara mempunyai kuasa veto dalam Perhimpunan Agung dengan 193 anggota itu, yang bakal mengundi terhadap deraf resolusi serupa seperti yang disekat AS dalam Majlis Keselamatan minggu lalu.

Resolusi Perhimpunan Agung tidak mengikat tetapi mempunyai kekuatan dari segi pengaruh politik, dan membayangkan pandangan global terhadap perang di Semenanjung Gaza. Pihak berkuasa di wilayah itu berkata jumlah kematian akibat serangan Israel telah melepasi 18,000.

Undian Perhimpunan Agung itu sehari selepas 12 wakil Majlis Keselamatan melawat lintasan Rafah di sebelah Mesir – satu-satunya lokasi di mana bantuan kemanusiaan dan penghantaran bahan bakar dapat memasuki Gaza. AS tidak menghantar wakil untuk lawatan itu.

“Dengan setiap langkah, AS nampaknya semakin terasing daripada pandangan arus utama PBB,” kata Richard Gowan, Pengarah PBB di Kumpulan Krisis Antarabangsa.

AS dan Israel menentang gencatan senjata kerana menganggap ini hanya akan memanfaatkan Hamas.

Sebaliknya Washington menyokong pertempuran dihentikan sementara waktu bagi melindungi orang awam dan membolehkan pembebasan tebusan yang diambil Palestin dalam serangan 7 Okt lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.