Didakwa rasuah, timbalan menteri Indonesia letak jawatan

Didakwa rasuah, timbalan menteri Indonesia letak jawatan

Presiden Joko Widodo menerima surat peletakan jawatan timbalan menteri undang-undang dan hak asasi manusia itu hari ini.

Edward Omar Sharif Hiariej didakwa menerima suapan USD451,438 berkaitan bantuan diluluskan kepada PT Citra Lampia Mandiri yang diselia hal ehwal pentadbiran undang-undang kementeriannya. (Gambar Twitter @eddyhiariej)
JAKARTA:
Presiden Joko Widodo menerima peletakan jawatan Timbalan Menteri Edward Omar Sharif Hiariej yang disiasat agensi antirasuah KPK.

Timbalan menteri undang-undang dan hak asasi manusia itu secara rasmi menyerahkan surat peletakan jawatannya Isnin lalu.

“Presiden menerima surat peletakan jawatan Edward Omar hari ini,” kata penyelaras khas kakitangan presiden, Ari Dwipayana menurut portal berita RRI.

Beliau berkata, Joko Widodo menandatangani keputusan presiden untuk penamatan jawatannya.

Edward Omar memfailkan praperbicaraan terhadap KPK di Mahkamah Jakarta Selatan.

KPK bagaimanapun belum mendedahkan butiran siasatannya.

Kes itu berpunca daripada laporan Indonesia Police Watch yang mendakwa Edward Omar menerima suapan tujuh bilion rupiah (USD451,438) berkaitan bantuan diluluskan kepada PT Citra Lampia Mandiri yang diselia hal ehwal pentadbiran undang-undang kementerian itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.