13 maut berbalas tembakan di India

13 maut berbalas tembakan di India

Pertempuran antara dua kumpulan militan itu berlaku di daerah Tengnoupal berhampiran sempadan Myanmar.

Manipur telah menyaksikan keganasan sejak puncak pertempuran etnik yang tercetus pada Mei. (Gambar fail)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan antara dua kumpulan militan di negeri Manipur di timur laut India pada petang Isnin.

Pertempuran itu berlaku di kampung Leithu di daerah Tengnoupal berhampiran sempadan Myanmar.

“Sekumpulan militan dalam perjalanan ke Myanmar diserang hendap oleh satu lagi kumpulan pemberontak yang dominan di kawasan itu,” Agensi Berita PTI memetik kenyataan seorang pegawai yang tidak dinamakan.

Bagaimanapun identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Keganasan etnik antara kumpulan majoriti Meitei dan minoriti suku kaum Kuki-Zo di Manipur meletus pada Mei lepas.

Walaupun pasukan keselamatan India ditempatkan dalam bilangan yang besar di Manipur, keganasan tetap berlaku di negeri itu dari masa ke masa.

Komuniti Kuki-Zo baru-baru ini mengadakan protes jalanan untuk menuntut pentadbiran berasingan bagi kawasan yang dikuasai etnik itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.