4 maut, atlet tembak isteri dalam majlis perkahwinan sendiri

4 maut, atlet tembak isteri dalam majlis perkahwinan sendiri

Ia akibat pertengkaran antara pasangan pengantin baharu, dengan pengantin lelaki mengambil sepucuk pistol dari keretanya sebelum melepaskan tembakan.

Selain pengantin perempuan, ibunya berusia 60 tahun dan adik perempuannya serta seorang tetamu lelaki turut maut dalam kejadian itu. (Gambar fail)
BANGKOK:
Seorang pengantin lelaki mengamuk dan melepaskan tembakan rambang mengakibatkan empat maut, termasuk pengantin perempuan, sebelum menembak dirinya pada majlis perkahwinan di wilayah Nakhon Ratchasima, Thailand.

Pengantin lelaki itu merupakan atlet renang paralimpik kebangsaan dan kejadian kira-kira 11 malam Sabtu (waktu tempatan) itu turut menyebabkan seorang lelaki cedera parah.

Atlet berusia 29 tahun itu yang kehilangan kakinya dalam nahas jalan raya, pernah memenangi pingat perak dalam Sukan Para Asean ke-11 di Indonesia tahun lepas.

Ketua Balai Polis Wang Nam Khiao, Rungroj Tang-amnuay, berkata pengantin lelaki menembak pengantin perempuan berusia 38 tahun, ibunya berusia 60 tahun dan adik perempuannya berusia 37 tahun.

Dua tetamu berusia 50 dan 28 tahun turut cedera terkena peluru sesat dan dikejarkan ke hospital.

Malangnya, lelaki berusia 50 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Siasatan awal mendapati tragedi berlaku akibat pertengkaran antara pasangan pengantin baharu itu.

Akibatnya, pengantin lelaki mengambil sepucuk pistol dari keretanya sebelum melepaskan tembakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.