50 wartawan, petugas media terbunuh di Gaza

50 wartawan, petugas media terbunuh di Gaza

Jawatankuasa Melindungi Wartawan dedah 11 lagi cedera dengan tiga masih hilang.

Wartawan dan petugas media tidak terlepas daripada menjadi mangsa perang Israel, sejak konflik tercetus pada 7 Okt. (Gambar AP)
MOSCOW:
Jumlah wartawan dan petugas media yang terbunuh sejak peningkatan konflik di Asia Barat pada 7 Okt mencecah 50, manakala 11 cedera dan tiga lagi hilang.

Perkara itu didedahkan oleh Jawatankuasa Melindungi Wartawan, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, lapor Sputnik.

“Setakat 20 Nov, dalam #IsraelGazaWar, CPJ telah mendokumentasikan: – 50 wartawan maut…11 cedera…3 hilang…18 ditahan,” tulis jawatankuasa itu di X.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.