11 maut kereta api rempuh bas di Indonesia

11 maut kereta api rempuh bas di Indonesia

Tiga lagi cedera dalam kemalangan di daerah Lumajang, wilayah Jawa Timur itu.

Nahas berlaku ketika bas mini itu melintas persimpangan kereta api tanpa penghadang, sebelum dirempuh sebuah kereta api. (Gambar Facebook)
JAKARTA:
Sebelas orang maut, manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kereta api merempuh bas mini di daerah Lumajang, wilayah Jawa Timur, Indonesia pada Ahad malam.

Ketua pejabat mencari dan menyelamat Jawa Timur, Muhammad Hariyadi berkata nahas berlaku ketika bas mini itu melintas persimpangan kereta api tanpa penghadang, sebelum dirempuh sebuah kereta api.

Kejadian berlaku di Kampung Ranupakis pada 7.53 malam waktu tempatan.

Polis berkata, siasatan sedang dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.