EU seru Israel henti serang Gaza

EU seru Israel henti serang Gaza

Kesatuan Eropah (EU) bimbang krisis kemanusiaan makin meruncing di Gaza.

EU menyeru Israel menghentikan sebarang serangan demi memastikan keselamatan orang awam. (Gambar AP)
GENEVA:
Kesatuan Eropah (EU) menyertai masyarakat dunia mendesak supaya dihentikan serta merta perang dan segera membentuk koridor bantuan kemanusiaan di Gaza.

“EU amat bimbang mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan blok itu.

Kesatuan itu turut menyeru agar akses bantuan kemanusiaan tidak disekat dan menyediakan laluan yang selamat bagi membolehkan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Berhubung serangan terhadap hospital di Gaza, EU menekankan bahawa undang-undang kemanusiaan antarabangsa menetapkan bahawa hospital, bekalan perubatan, dan orang awam di dalam hospital mesti dilindungi.

Bekalan perubatan yang paling mendesak harus dihantar ke hospital, manakala pesakit memerlukan rawatan perubatan segera perlu dipindahkan dengan selamat.

“Dalam konteks ini, kami menyeru Israel untuk hentikan sebarang serangan demi memastikan keselamatan orang awam,” kata blok itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.