
Bagaimanapun, pegawai presiden berkata seperti kerajaan lain Israel “tetap mempunyai kepentingan untuk membaiki keadaan kemanusiaan di Gaza.”
Macron telah berbincang dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam, dan mereka akan mengadakan pertemuan lagi selepas persidangan bantuan itu berakhir, menurut Istana Elysee.
Pemimpin Perancis itu juga telah berbincang dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dan Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani dari Qatar semalam, menurut pejabatnya.
Dua negara itu memainkan peranan penting dalam membolehkan lebih banyak bantuan dibawa ke Semenanjung Gaza.
Konflik berterusan tercetus di Gaza selepas serangan oleh Hamas pada 7 Okt lalu. Pegawai Israel mendakwa lebih 1,400 orang awam terbunuh manakala 240 dijadikan tebusan dalam kejadian itu.
Bagaimanapun, kementerian kesihatan dikendalikan Hamas di Gaza berkata, kempen ketenteraan Israel membunuh lebih 10,500 orang kebanyakannya kanak-kanak.
Persidangan bantuan esok diadakan seiring Forum Keamanan Paris pada 10-11 Nov.
Masyarakat dunia semakin lantang mendesak gencatan senjata penuh atau sementara bagi membolehkan bantuan dibawa masuk ke Gaza.
Bagaimanapun, Israel terus berdegil melaksanakan serangan kononnya untuk menghapuskan Hamas yang mentadbir di Gaza sejak 2007.
Netanyahu berkata bahan bakar tidak akan dihantar ke Gaza, dan gencatan senjata tidak akan berlaku melainkan Hamas membebaskan tebusannya.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menganggarkan bantuan sebanyak USD1.2 bilion diperlukan untuk penduduk Gaza dan Tebing Barat sehingga akhir tahun ini.