Wanita berhijab parah ditembak polis Paris

Wanita berhijab parah ditembak polis Paris

Wanita itu dikatakan berkelakuan mengancam dengan bertakbir dan menjerit “Anda semua akan mati” di stesen metro.

egawai polis memasuki stesen metro di Paris di mana seorang wanita parah ditembak selepas dikatakan mengeluarkan kata-kata mengancam. (Gambar AP)
PARIS:
Seorang wanita berhijab parah ditembak polis Paris selepas dikatakan berkelakuan mengancam dengan bertakbir dan menjerit “Anda semua akan mati” di sebuah stesen metro pagi ini.

Wanita yang dipercayai berniqab itu ditembak di stesen Bibliotheque Nationale de France dengan jurucakap kerajaan Olivier Veran berkata, orang ramai melaporkan wanita itu “mengeluarkan kata-kata agresif”.

Katanya, polis yang tiba di tempat kejadian meminta wanita itu bertenang dan menunjukkan tangannya bagi membuktikan dia tidak mengancam mereka.

“Apa yang berlaku kemudian adalah, pegawai penguat kuasa tiada pilihan selain melepaskan tembakan terhadap wanita itu disebabkan keadaan yang berbahaya,” katanya.

Bomba yang memberi rawatan kecemasan kepada wanita itu berkata dia ditembak di bahagian perut dan dibawa ke hospital berdekatan.

Ketua Polis Paris Laurent Nunez berkata, identiti wanita itu belum dapat disahkan tetapi dia berkemungkinan orang sama yang pada 2021 telah mengancam polis peronda antikeganasan sebelum dimasukkan ke wad psikiatrik kerana masalah mental.

Stesen metro itu dikosongkan selepas kejadian itu, kata polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.