47 masjid, 3 gereja musnah dibom Israel

47 masjid, 3 gereja musnah dibom Israel

Pejabat media Gaza berkata serangan tentera Israel setakat ini menyebabkan lebih 8,005 penduduk Palestin terbunuh.

Sejak serangan Israel terhadap Gaza bermula seramai 116 anggota perubatan, 18 anggota penyelamat dan kru pertahanan awam, selain 35 wartawan turut terbunuh. (Gambar AP)
GAZA:
Serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lalu mengakibatkan kemusnahan 47 buah masjid manakala tiga gereja rosak, kata pejabat media kerajaan tempatan semalam, lapor Agensi Anadolu.

“Pengeboman Israel juga merosakkan sebanyak 203 buah sekolah dan 80 bangunan kerajaan di Semenanjung Gaza,” kata pengarah pejabat media, Salama Maarouf.

Beliau berkata seramai 116 anggota perubatan, 18 petugas pasukan penyelamat dan kru pertahanan awam, selain 35 wartawan turut terbunuh dalam serangan itu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza berkata lebih 8,005 penduduk Palestin terbunuh.

Seramai 2.3 juta penduduk Semenanjung Gaza kini bergelut dengan kekurangan makanan, air, bahan api dan ubat-ubatan akibat kepungan Israel ke atas wilayah itu.

Hanya beberapa trak bantuan dapat memasuki Gaza sejak pembukaan lintasan Rafah hujung minggu lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.