Vietnam catat kematian pertama cacar monyet

Vietnam catat kematian pertama cacar monyet

Pesakit itu dimasukkan ke Hospital of Tropical Diseases di Ho Chi Minh City pada 2 Okt dan meninggal dunia selepas menjalani rawatan selama 18 hari.

Lelaki berusia 29 tahun itu dijangkiti cacar monyet dan HIV/AIDS. (Gambar AP)
HANOI:
Vietnam melaporkan kematian pertama cacar monyet membabitkan seorang lelaki dari wilayah Long An di selatan negara itu, Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam pada Rabu.

Lelaki berusia 29 tahun itu dijangkiti cacar monyet dan HIV/AIDS.

Pesakit itu dimasukkan ke Hospital of Tropical Diseases di Ho Chi Minh City pada 2 Okt dan meninggal dunia selepas menjalani rawatan selama 18 hari.

Ho Chi Minh City mencatatkan 20 kes cacar monyet sejak awal tahun ini.

Daripada jumlah itu, 18 pesakit, iaitu 17 lelaki dan seorang wanita positif HIV.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.