3 kanak-kanak antara 5 maut ditembak di Kanada

3 kanak-kanak antara 5 maut ditembak di Kanada

Tiga kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun ditemukan maut, selain dua lelaki dewasa, di dua lokasi berasingan di Ontario.

Kejadian tembakan di dua lokasi berasingan di Ontario, Kanada, dipercayai berpunca daripada keganasan pasangan intim, menurut polis.
OTTAWA:
Lima orang, termasuk tiga kanak-kanak maut dalam kejadian tembakan di Kanada, lapor Xinhua pada Selasa.

CTV News melaporkan, pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.20 malam waktu tempatan pada Isnin.

Polis yang bergegas ke lokasi kejadian di sebuah rumah di Sault Ste. Marie, Ontario, menemukan seorang individu berumur 41 tahun meninggal dunia akibat ditembak.

Kira-kira 10 minit kemudian, satu lagi panggilan kecemasan diterima pihak berkuasa mengenai insiden tembakan kira-kira 3km daripada lokasi kejadian pertama.

Polis kemudian menemukan seorang lelaki berusia 45 tahun dan tiga kanak-kanak berumur enam, tujuh dan 12 tahun maut dengan kesan tembakan.

Penyerang berusia 44 tahun juga ditemukan maut, menurut laporan itu.

Sementara itu, polis tempatan berkata, kedua-dua kes itu mempunyai kaitan dan dipercayai berpunca daripada keganasan pasangan intim.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.