
Wartawan Wafa berkata, sekumpulan besar tentera bersama jentolak menyerbu kem itu dari pelbagai arah, menggeledah dan merosakkan berpuluh-puluh rumah penduduk.
Jentolak digunakan untuk memusnahkan jalan utama ke kem itu, sebuah monumen di pintu masuk dan beberapa jalan lain, lapornya.
Tentera Israel turut memusnahkan kenderaan di depan rumah, merosakkan harta benda awam dan persendirian di jalan, meletup dinding dan menutup pintu masuk ke kem dengan timbunan tanah.
Mereka turut menahan beberapa penduduk, selepas menyerbu rumah mereka.
Pasukan rejim itu turut membuka pusat pemeriksaan tentera di persimpangan utama bandar Tulkarm dan menghalang pergerakan penduduk serta kenderaan.
Agensi Anadolu yang memetik Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 3,785 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lalu.
Katanya, lebih 12,000 lagi cedera dalam serangan itu.
Menurut kementerian itu, 69 rakyat Palestin di Tebing Barat terkorban, manakala 1,300 lagi cedera.