
Puluhan rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dalam serangan itu.
Kementerian Kesihatan Palestin belum mengesahkan jumlah kematian.
Sementara itu, lebih 400,000 penduduk Palestin hilang tempat tinggal, kata pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu.
“Kebanyakan penduduk tidak mempunyai akses kepada air minuman bersih selepas bekalan melalui rangkaian air dan operasi loji penyahgaraman/penulenan air terhenti.
“Sebagai usaha terakhir, orang ramai menggunakan air payau dari telaga pertanian, mencetuskan kebimbangan serius mengenai penularan penyakit bawaan air,” menurut kenyataan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (OCHA).
Pertempuran terkini di Palestin sejak 7 Okt lalu mengorbankan ratusan nyawa.