
“Israel menyasarkan lapangan terbang Damsyik dan Aleppo,” lapor badan penyiar kebangsaan Syria di aplikasi sembang Telegram, tanpa memberikan butiran lanjut.
Serangan oleh Israel berulang kali mengakibatkan gangguan penerbangan di lapangan terbang Aleppo dan ibu negara, Damsyik.
Kejadian terbaru susulan pertempuran antara Hamas dan Israel memasuki hari keenam, selepas ratusan pejuang Hamas menceroboh sempadan Gaza ke Israel pada Sabtu dalam kejadian yang dilaporkan meragut lebih 1,000 nyawa.
Dalam pada itu, Setiausaha Negeri AS Anthony Blinken melawat Israel, manakala Presiden Iran Ebrahim Raisi menghubungi rakan sejawat dari Syria, Bashar al-Assad, menggesa negara Arab dan Islam bekerjasama melawan Israel.
Sepanjang perang lebih sedekad di Syria, Israel melancarkan ratusan serangan udara terhadap negara jirannya itu. Serangan berkenaan lazimnya menyasarkan Hizbullah dan pejuang disokong Iran, selain lokasi diduduki tentera Syria.