Lebih 123,000 rakyat Palestin tinggalkan rumah di Gaza, kata PBB

Lebih 123,000 rakyat Palestin tinggalkan rumah di Gaza, kata PBB

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkata, seramai 123,538 rakyat Palestin dipindahkan di Gaza setakat 9 malam Ahad.

Anggota pertahanan awam Palestin memadam api di sebuah rumah yang terkena serangan udara Israel di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza pada Ahad. (Gambar AP)
MOSCOW:
Lebih 123,000 rakyat Palestin terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Semenanjung Gaza ketika konflik Palestin-Israel semakin memuncak, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (OCHA) pada Ahad, lapor Sputnik.

“Sehingga 9 malam, 123,538 rakyat Palestin telah dipindahkan di Gaza,” menurut OCHA dalam kenyataan.

Israel dihujani serangan roket yang tidak pernah berlaku sebelum ini dari Semenanjung Gaza pada pagi Sabtu. Tentera Israel mendakwa Hamas melancarkan lebih 3,000 roket dan berpuluh-puluh tentera Hamas menyusup ke kawasan sempadan di selatan Israel.

Tentera Israel menghantar pasukannya ke wilayah selatan untuk menakluk semula kawasan itu dan mula melancarkan serangan terhadap Hamas di Gaza.

Kerajaan Israel pada Ahad mengumumkan ia menggunakan Artikel 40 Undang-undang Asas, yang bermaksud negara itu secara rasmi memasuki keadaan perang.

Menurut laporan, beratus-ratus kematian direkodkan, manakala beribu lagi cedera akibat konflik itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.