Lebih 11,000 terjejas akibat gempa bumi di Afghanistan

Lebih 11,000 terjejas akibat gempa bumi di Afghanistan

Sekurang-kurangnya 11 kampung musnah dalam kejadian gempa bumi itu, menurut kumpulan bantuan PBB.

Pihak berkuasa Afghanistan mengeluarkan anggaran angka kematian lebih daripada 2,500 akibat beberapa siri gempa bumi melanda wilayah Herat, menurut media tempatan. (Gambar AP)
GENEVA:
Lebih 11,000 orang terjejas akibat beberapa siri gempa bumi yang melanda wilayah Herat, Afghanistan pada pagi Sabtu, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).

Sekurang-kurangnya 11 kampung di Afghanistan musnah dalam kejadian gempa bumi itu, menurut kumpulan bantuan PBB pada petang Ahad, lapor Agensi Berita In Jerman (dpa).

Pihak berkuasa Afghanistan mengeluarkan anggaran angka kematian lebih daripada 2,500, menurut media Afghanistan.

“Jumlah mangsa dan isi rumah terjejas dijangka meningkat apabila penilaian di kawasan terpencil selesai,” menurut OCHA.

PBB menyalurkan USD5 juta sebagai bantuan kecemasan pada Ahad.

Lebih 550 mangsa yang cedera, termasuk hampir 230 kanak-kanak, dirawat di Hospital Wilayah Herat sahaja, menurut OCHA.

Bekalan bantuan awal telah diedarkan, termasuk barangan kebersihan, makanan dan air minuman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.