Bas bawa migran terbalik di lebuh raya, 17 maut

Bas bawa migran terbalik di lebuh raya, 17 maut

Kemalangan berlaku di lebuh raya yang menghubungkan Oaxaca dan Puebla di Mexico.

Kemalangan di Mexico membabitkan bas membawa 55 migran itu berlaku kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan pada Jumaat. (Gambar AP)
MEXICO CITY:
Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh apabila bas yang membawa migran, kebanyakannya warga Venezuela, terbalik di lebuh raya di selatan Mexico pada pagi Jumaat, menurut pihak berkuasa.

Kemalangan membabitkan bas membawa 55 migran itu berlaku kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan, di lebuh raya yang menghubungkan Oaxaca dan Puebla, menurut pusat penyelarasan perlindungan awam Oaxaca.

Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh manakala 25 mangsa yang cedera sedang dirawat di hospital, lapor Xinhua memetik laporan awal.

Pihak berkuasa menutup sebahagian jalan di kedua-dua arah.

“Kakitangan kerajaan kami sudah memberikan sokongan kepada mereka yang terjejas,” kata Gabenor Oaxaca Salomon Jara di platform media sosial X.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.