21 maut bas terjunam di Venice

21 maut bas terjunam di Venice

Bas itu terjunam 10m ke kawasan lapang berhampiran landasan kereta api sebelum terbakar.

Sekurang-kurangnya 21 maut dengan angka kematian dijangka meningkat dalam nahas bas terjunam di Venice. (Gambar Reuters)
ROME:
Sekurang-kurangnya 21 maut selepas sebuah bas terjunam dari jejantas Vempa di Venice lalu terbakar di landasan kereta api, semalam, lapor media tempatan.

Sekurang-kurangnya dua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, manakala beberapa lagi cedera parah.

Beberapa lagi mangsa masih hilang dan angka kematian dijangka meningkat, lapor Xinhua.

Media tempatan melaporkan bas malang itu terjunam kira-kira 10m ke kawasan lapang berhampiran beberapa landasan kereta api.

Bas itu dilaporkan terbakar selepas terjunam.

Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni menyampaikan ucapan takziah sambil berkata beliau mengikuti perkembangan insiden dengan teliti.

Jejantas Vempa telah ditutup kepada lalu lintas dan polis serta bomba berada di tempat kejadian untuk mencari mangsa yang terselamat, membantu mangsa dan menilai keadaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.