Menteri luar India dakwa Kanada sembunyi ‘pengganas, pelampau’

Menteri luar India dakwa Kanada sembunyi ‘pengganas, pelampau’

Subrahmanyam Jaishankar nyata kebimbangan negara itu terhadap Kanada susulan pembunuhan aktivis Sikh yang ditembak.

Subrahmanyam Jaishankar menuduh Kanada menyembunyikan ‘pengganas dan pelampau’ ekoran pembunuhan aktivis Sikh, Hardeep Singh Nijjar. (Wikipedia pic)
WASHINGTON:
Pegawai Amerika Syarikat (AS) membangkitkan dakwaan Kanada yang mengaitkan India dalam pembunuhan seorang aktivis Sikh Kanada, semasa pertemuan dengan menteri luar India di Washington.

“Mereka berkongsi pandangan dan penilaian AS mengenai keseluruhan situasi ini,” Agensi Anadolu memetik Menteri Hal Ehwal Luar Subrahmanyam Jaishankar sebagai berkata kepada panel di Institut Hudson mengenai pertemuan itu yang berlangsung pada Khamis.

Jaishankar berkata, beliau menjelaskan kepada Setiausaha Negara AS Antony Blinken dan Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih Jake Sullivan mengenai kebimbangan India terhadap Kanada.

“Perdana menteri Kanada membuat beberapa dakwaan secara tertutup dan terbuka. Dan respons kami adalah dakwaan itu tidak konsisten dengan dasar kami,” katanya.

Beliau menuduh Kanada menyembunyikan “pengganas, pelampau, orang yang secara terbuka menyokong keganasan.”

“Berlaku ketegangan dengan Kanada, dan saya sebenarnya berada dalam situasi tidak selamat pergi ke kedutaan atau ke konsulat di Kanada,” kata menteri luar India itu.

Trudeau pada 18 Sept menuduh kerajaan India menembak mati Hardeep Singh Nijjar.

Nijjar ditembak mati pada 18 Jun di hadapan sebuah kuil Sikh di Surrey.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.