
Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pada 8 Sept di Oslo selepas kereta sewanya diperhatikan berhampiran pejabat perdana menteri dan kementerian pertahanan, pada masa sama ketika isyarat elektronik luar biasa dikesan di lokasi tersebut.
Perkhidmatan perisikan PST mengendalikan kes itu kerana disyaki berlaku pengintipan.
“Hipotesis tidak lagi menunjukkan pengintipan haram, tetapi jenayah ekonomi terancang,” tulis PST di X, sebelum ini Twitter, pada hari Jumaat.
Oleh itu, kes telah diserahkan kepada unit jenayah ekonomi dan alam sekitar polis Norway, yang dikenali sebagai Okokrim.
Menurut unit itu, lelaki terbabit dipercayai terlibat dalam penipuan yang mempunyai kaitan dengan jenayah terancang, mungkin mempunyai hubungan antarabangsa.
Ketika ditahan, lelaki itu dipercayai menggunakan “Imsi-catcher”, alat curi dengar telefon yang digunakan untuk memintas trafik telefon bimbit dan menjejak data lokasi.
Dia sejak awal menolak dakwaan pengintipan, menurut peguamnya.