14 maut pesawat terhempas di Brazil

14 maut pesawat terhempas di Brazil

Pesawat ringan itu dalam perjalanan membawa penumpang ke destinasi memancing di pedalaman Amazonas.

Seramai 12 penumpang terkorban, selain juruterbang dan pembantu juruterbang maut dalam nahas pesawat berlaku di Barcelos, Brazil. (Gambar Evanto Elements)
SAO PAULO:
Sekurang-kurangnya 14 terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas di Barcelos, bandar di pedalaman Amazonas di utara Brazil pada Sabtu, kata pihak berkuasa tempatan.

“Mangsa terdiri daripada pelancong yang dalam perjalanan untuk menjalankan aktiviti memancing,” kata Gabenor Amazonas Wilson Lima pada sidang akhbar.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal semua pelancong itu merupakan warga tempatan.

Dilaporkan bahawa juruterbang menghadapi masalah mencari landasan untuk mendarat di Barcelos, destinasi kepada penggemar aktiviti memancing.

Syarikat penerbangan Manaus Aerotaxi dalam kenyataan media sosial, mengesahkan nahas itu.

Menurut Datuk Bandar Barcelos Edson Mendes, pasukan Pertahanan Awam menjumpai 14 mayat, termasuk 12 penumpang, juruterbang, dan pembantu juruterbang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.